D NAZIRA ENTERPRISE merupakan sebuah perniagaan milik Bumiputera sepenuhnya yang ditubuhkan pada tahun 1997. Berpusat di Jerantut, Pahang, kami telah bertapak kukuh dalam industri selama hampir tiga dekad. Pengalaman panjang ini membuktikan komitmen, ketahanan, dan kebolehpercayaan kami dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Sebagai sebuah entiti perniagaan yang dinamik, kami mengkhususkan diri dalam tiga teras perniagaan utama iaitu Kerja-Kerja Kontraktor & Pembinaan, Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak (Pest Control), Pembuatan Perabot, serta Pembekalan Am & Bahan Binaan. Kami berdaftar secara sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), sekali gus melayakkan kami mengendalikan pelbagai projek sektor awam dan swasta.